Selepas Gabenor RBNZ Graeme Wheeler hari ini berkata beliau melihat tidak ada keperluan untuk meredakan dasar monetari, pasangan NZD/USD melonjak lebih daripada 0.5% ke peringkat 0.7320. Sejak pembukaan sesi Eropah, pasangan telah terus berkembang, dan harga hampir menyentuh tahap 0.7340.

Ucapan Graeme Wheeler adalah seimbang. Walaupun dialog mebyatakan bahawa bank negara menjangkakan penurunan sederhana yang lain dalam kadar faedah rasmi, serta RBNZ yang yang masih komited untuk mencapai inflasi sasaran, jangkaan peserta pasaran tentang satu lagi penurunan mendadak kadar sebanyak 0.5% adalah meleset.

Terdahulu pada bulan Ogos, RBNZ telah memotong kadar faedahnya rasmi sebanyak 0.25%, maka kadar baru ketika ini adalah sebanyak 2.0% dan mengumumkan komitmennya untuk satu dasar kewangan yang longgar. Pada akhir Julai, RBNZ yang membentangkan satu laporan yang menyatakan bahawa kadar inflasi yang rendah dan kadar tukaran mata wang New Zealand yang tinggi, akan meningkatkan tekanan ke atas susu dan pemprosesan industri, ianya adalah satu faktor yang negatif untuk pembangunan ekonomi negara. Graham Wheeler kemudian mencatat bahawa «tambahan meredakan dasar monetary adalah perlu untuk memastikan bahawa kadar purata inflasi sekitar pertengahan julat sasaran», yang merupakan 1%-3%.

Ketika ini, peserta pasaran menjangka kadar faedah utama RBNZ untuk dipotong 1.50% menjelang Ogos 2017.

Harga rumah di New Zealand turut berkembang, terutamanya di bandar-bandar besar, dan kemerosotan mendadak kadar faedah tambahan boleh memanaskan pasaran hartanah. Dan ia akan menjadi faktor utama dalam mempercepatkan pemotongan kadar. Menurut peserta pasaran, kadar jangkaan yang dipotong sebanyak 25 mata asas sudah dipasarkan dalam sebut harga dolar Australia. Walaupun kadar semasa 2.0%, ia tetap menjadi salah satu yang tertinggi diantara ekonomi Negara maju, dan ini juga akan menyumbang kepada daya tarikan Mata Wang New Zealand untuk pelabur.

Kerajaan Persekutuan dibelenggu dengan dasar kadar faedah meningkat di Amerika Syarikat, walaupun aktif campur tangan lisan oleh wakil persekutuan mengenai kemungkinan kenaikan kadar yang awal, akan melemahkan dolar AS pada pasaran matawang.

Oleh itu, dalam jangka panjang, sekurang-kurangnya sehingga ke penghujung tahun ini, kami menjangka pergerakkan dinamik yang positif bagi pasangan ZD/USD.

NZD/USD: RBNZ akan berhati-hati. Analisa Fundamental, 23.08.2016




Bahan-bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan oleh LiteForex untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau nasihat untuk tujuan arahan 2004/39/EEC. Di samping itu, bahan-bahan ini telah disediakan mengikut keperluan undang-undang yang direka untuk menggalakkan kebebasan kajian pelaburan dan tidak tertakluk kepada apa-apa larangan terhadap pengedaran tambahan pelaburan penyelidikan.



Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas