Semakan dan dinamik
Pada hari Isnin, harga emas telah menembusi paras 1300.00, mencecah puncak tahunan. Namun, harga penutupan adalah lebih rendah daripada harga pembukaan. Pada hari Selasa USD mula menaik dan hari ini, pasangan XAU/USD telah menurun bermula pada sesi pembukaan dagangan.

Selesai sesi dagangan COMEx pada hari Selasa, kontrak hadapan emas bagi Jun jatuh sebanyak 0.3% kepada USD 1291.80 se auns. Terkini, harga semasa emas pasangan XAUD/USD jatuh kepada paras sokongan 1280.00 (Puncak bulan Mac dan paras rintangan terkini).

Sejak dari awal tahun, harga emas telah menokok sebanyak 21% daripada paras USD 1048.00 se auns akibat daripada peningkatan permintaan emas sebagai asset destinasi selamat.

Pada permulaan April, berlaku penarikkan balik harga daripada paras sokongan 1218.00 (Pembetulan Fibonacci sebanyak 23.6% kepada gelombang penurunan bermula October 2012), dan penurunan semasa masih didalam saluran menaik pada carta mingguan dengan had siling pada paras 1323.00 (Fibonacci 38.2%). Harga juga telah menembusi paras rintangan utama iaitu 1257.00 (ЕМА200 pada carta mingguan).

Pendapat kami
Akibat kenaikan USD ditengah-tengah aktiviti pengambilan untung posisi jualan, sebelum NFPR pada Jumaat, koreksi kebawah bagi XAUD/USD akan bersambung. Pada carta 4 jam, indikator OsMA dan Stochastic menunjukkan isyarat jual; pada carta harian indikator sedang berpatah balik kepada posisi jualan.
Jika paras sokongan 1280.00 ditembusi, harga akan pergi kepada 1257.00 (ЕМА200 pada carta mingguan dan garisan lantai saluran menaik pada carta 4 jam).
Namun, jika berlaku penyatuan harga dibawah paras 1218.00 (Fibonacci 236%, pedagang dinasihatkan untuk membuka posisi jualan jangkamasa sederhana untuk XAUD/USD.

Penyatuan harga dibawah paras 1180.00 (EMA200 pada carta harian) akan menyebabkan XAU/USD kembali kepada trend menurun.

Paras sokongan: 1280.00, 1257.00, 1238.00 dan 1218.00.
Paras rintangan: 1300.00 dan 1323.00.

Tip dagangan
Mula Beli: 1290.00. Penyekat-Kerugian: 1280.00. Sasaran: 1300.00, 1323.00, 1360.00 dan 1385.00.
Mula Jual: 1277.00. Penyekat-Kerugian: 1286.00. Sasaran: 1257.00, 1250.00, 1238.00, 1218.00, 1210.00 dan 1180.00.

XAUD/USD: Tarik balik dari paras 13000.00.  Analisa teknikal untuk 04.05.2016.

Harga masih dalam saluran menaik

XAUD/USD: Tarik balik dari paras 13000.00.  Analisa teknikal untuk 04.05.2016.

Pada paras sokongan 1280.00




Bahan-bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan oleh LiteForex untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau nasihat untuk tujuan arahan 2004/39/EEC. Di samping itu, bahan-bahan ini telah disediakan mengikut keperluan undang-undang yang direka untuk menggalakkan kebebasan kajian pelaburan dan tidak tertakluk kepada apa-apa larangan terhadap pengedaran tambahan pelaburan penyelidikan.



Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas