American International Group Inc., #AIG [NYSE]
Kewangan, Insurans USA

Prestasi kewangan syarikat:
Indeks – S&P 500;
Beta – 1.42;
Permodalan – 58.73 В;
Pulangan aset – 0.40%;
Pendapatan - 2.20 B;
Purata jumlah transaksi – 10.08 М;
P/E - 34.76;
ATR – 1.39.

Semakan analitikal:

  • Syarikat ini berada pada tangga ketiga berdasarkan permodalan dalam sektor insurans dikalangan penerbit yang diniagakan di pasaran saham Amerika;
  • Semalam, syarikat mengeluarkan laporan suku tahun pertama untuk tahun fiskal 2016. Keuntungan syarikat berjumlah USD11.78 billion berbanding dengan ramalan USD12.69 billion. Dalam tempoh laporan, keuntungan operasi American International Group jatuh sebanyak 46.7% kepada USD0.65 per saham, lebih rendah daripada ramalan USD0.99 se saham;
  • Dalam sidang media, pihak pengurusan syarikat menyatakan bahawa prestasi kewangan syarikat adalah lebih rendah daripada ramalan pasaran ditengah-tengah peningkatan turun naik pergerakan dalam pasaran kewangan;
  • Segment aktiviti syarikat yang paling lemah ialah insurans korporat dan penggunaan. Keuntungan operasi sebelum cukai masing-maisng telah menurun sebanyak 39% dan 17%;
  • Dalam masa terdekat syarikat merancang untuk menambah pendapatan sebanyak USD1.5 billion dengan menjual pegangan saham PICC Property & Casualty Co. Ltd. AIG menyambung persediaan untuk IPO syarikat insurans United Guaranty Corp;
  • Pada Q1 dalam tahun fiskal 2016, syarikat telah membeli semula saham sebanyak USD870 billion. Berdasarkan perlaksanaan program ini, pengurusan syarikat mempunyai prospek positif untuk pembangunan syarikat pada masa hadapan;

Ringkasan:

  • Despite the decline in revenue and profit, the company has strong growth potential. Successful implementation of the investment projects will contribute to improvement of the financial performance of the company.
  • Walaupun pendapatan dan keuntungan menurut, syarikat ini mempunyai potensi yang kuat untuk berkembang. Kejayaan beberapa projek pelaburan akan menyumbang kepada peningkatan prestasi kewangan syarikat.
  • Sebut harga syarikat ini berkemungkinan akan meningkat pada masa terdekat.

Tip dagangan CFD American International Group Inc.

Paras utama:
Paras sokongan: 55.45 USD and 54.80 USD.
Paras rintangan: 56.80 USD

Jangkamasa sederhana, H1:
Terkini, penerbit diniagakan pada zon permintaan 55.45-55.75 USD. Jika harga kekal di dalam zon ini dan disertai dengan pengesahan masing-masing (seperti Corak Aksi Harga), kami syorkan posisi belian dibuka. Risiko untuk satu dagangan tidak melebihi 2% daripada jumlah modal. Penyekat kerugian boleh diletakkan dibawah sedikit daripada garisan isyarat. Ambil untung boleh diletakkan dibeberapa tempat pada 56.75 USD, 58.00 USD dan 60.00 USD dengan menggunakan penyekat mengekor.

Semakan analitikal saham American International Group Inc. untuk 04.05.2016
Jangkamasa sederhana, H1:

Jangkamasa pendek, M15:
Semalam dagangan penerbit dibuka dengan jurang kebawah akibat daripada keputusan laporan kewangan yang lebih rendah daripada ramalan. Jika harga menembusi dan kekal pada paras rintangan 56.05 USD, pedagang disyorkan untuk membuka posisi belian. Risiko untuk satu dagangan tidak melebihi 3% daripada jumlah modal. Penyekat kerugian boleh diletakkan dibawah sedikit daripada paras garisan isyarat. Ambil untung boleh diletakkan dibeberapa tempat pada 56.40 USD, 56.75 USD dan 57.25 USD dengan menggunakan penyekat mengekor.

Semakan analitikal saham American International Group Inc. untuk 04.05.2016
Jangkamasa pendek, M15:




Bahan-bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan oleh LiteForex untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau nasihat untuk tujuan arahan 2004/39/EEC. Di samping itu, bahan-bahan ini telah disediakan mengikut keperluan undang-undang yang direka untuk menggalakkan kebebasan kajian pelaburan dan tidak tertakluk kepada apa-apa larangan terhadap pengedaran tambahan pelaburan penyelidikan.



Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas