Semakan dan analisa
Bermula Julai 2014 pasangan AUD/USD telah jatuh sehingga 2600 poin dari paras 0.9430.

Sejak Januari pasangan ini telah mengalami koreksi keatas didalam saluran menaik pada carta harian, meningkat sebanyak 14% kepada 0.7820. Paras ini telah dicecah pada pertengahan kedua April. Paras Fibonacci 38.2% melintasi paras 0.7820. Pada dua minggu lepas, pasangan ini telah menurun. Penurunan adalah disebabkan oleh keputusan Bank Pusat Australia menurunkan kadar faedah. Namun, pada pagi ini, matawang Australia telah disokokng dengan data positif mengenai lebihan dagangan dalam negara pada Mac. Harga AUD/USD berpatah balik dari paras sokongan 0.7445 (Fibonacci 23.6%). Garisan EMA200 pada carta harian dan EMA50 pada carta mingguan berada berdekatan dengan paras 0.7445.

Pendapat kami
Untuk menembusi paras ini, pasangan AUD/USD memerlukan sokongan kuat daripada data fundamental. Pada Jumaat, selepas perbentangan komen polisi monetari RBA (02:30 GMT+2) dan data mengenai pekerjaan selain sektor agrikultur USA (14.30), pasangan ini mungkin berpatah balik dari paras 0.7445 (jika data adalah positif).

Penyatuan harga pada paras 0.7445 berisiko akan melemahkan pasangan AUD/USD. Penembusan dibawah paras 0.7365 dan 0.7330 akan mengarahkan pasangan ini kepada paras 0.7140 dalam trend menurun.

Jika kenaikan sekarang kekal selepas kembali dari paras 0.7445, pasangan ini akan bergerak dalam saluran menaik pada carta harian dengan had siling berdekatan paras 0.7820 (Fibonacci 38.2%), 0.7900 (puncak February dan March 2015).

Walaupun pada carta harian dan mingguan indikator OsMA dan Stochastic memberi isyarat posisi jualan, indikator pada carta 4 jam sedang berpatah balik ke arah posisi belian. Penyatuan harga diatas paras 0.7545 (EMA50 pada carta harian), 0.7600 (ЕМА200 pada carta 4 jam) akan membawa pasangan ini kembali kepada puncak terkini iaitu pada paras 0.7820 didalam saluran menaik. Jika paras ini ditembusi, pasangan ini boleh menuju 1.7900, , 0.8130 (ЕМА144 pada carta mingguan dan Fibonacci 50%).

Paras sokongan: 0.7445, 0.7365, 0.7330 and 0.7300.
Paras rintangan: 0.7500, 0.7545, 0.7600, 0.7680, 0.7720 and 0.7820.

Tip dagangan
Mula Jual: 0.7440. Penyekat-Kerugian: 0.7490. Ambil-Untung: 0.7365, 0.7330, 0.7300 dan 0.7140.
Mula Beli: 0.7520. Penyekat-Kerugian: 0.7470. Ambil-Untung: 0.7545, 0.7600, 0.7720, 0.7820, 0.7900, 0.8000 dan 0.8130.

AUD/USD: data lebihan dagangan meyokong pasangan matawang ini  Analisa teknikal untuk 05/05/2016

Indikator sedang berpatah balik ke arah posisi jual

AUD/USD: data lebihan dagangan meyokong pasangan matawang ini  Analisa teknikal untuk 05/05/2016

Patah balik dari 0.7445




Bahan-bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan oleh LiteForex untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau nasihat untuk tujuan arahan 2004/39/EEC. Di samping itu, bahan-bahan ini telah disediakan mengikut keperluan undang-undang yang direka untuk menggalakkan kebebasan kajian pelaburan dan tidak tertakluk kepada apa-apa larangan terhadap pengedaran tambahan pelaburan penyelidikan.



Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas