American Express Company, #AXP [NYSE]
Kewangan, Fasiliti Pinjaman, USA

Prestasi kewangan syarikat:
Indeks – DJIA ,S&P 500;
Beta – 1.10;
Permodalan – 53.13 В;
Pulangan aset – 3.20%;
Pendapatan – 5.06 B;
Purata jumlah transaksi – 7.78 М;
P/E – 12.97;
ATR – 1.65.

Semakan analitikal:

  • Syarikat ini berada pada tangga ketiga dalam sektor “Fasiliti Pinjaman dikalangan penerbit yang diniagakan di pasaran saham Amerika;
  • Pada 20 April, syarikat mengeluarkan laporan suku tahun pertama untuk tahun fiskal 2016. Pegangan syarikat tumbuh sebanyak 3.7%;
  • Pada sidang media syarikat melaporkan keuntungan bertambah sebanyak 1.7% berjumlah USD8.09 billion berbanding dengan ramalan pasaran USD8.00 billion. Keuntungan bersih bertambah sebanyak USD 1.43 billion berbanding Usd 1.53 billion untuk tempoh sebelumnya. EPS (pulangan sesaham) menigkat sebanyak 6% daripada ramalan berjumlah USD 1.45;
  • Dalam sidang media, pihak pengurusan syarikat menyatakan bahawa prestasi kewangan syarikat adalah melebihi ramalan pasaran disebabkan peningkatan kos pemegang kad dan peningkatan jumlah pelanggan baru. Dalam tempoh laporan, perbelanjaan pemegang kad telah meningkat 6%. Peningkatan jumlah kad melebihi 3 juta.
  • Syarikat ini mempunyai kadar keuntungan dari modal dan pelaburan terbaik dikalangan pesaing terdekat dalam industri. Pulangan daripada aset ialah 5.47%. Pulangan dari ekuiti melebihi 23%. Nilai purata dalam industri ialah masing-masing 2.12% dan 10.11%;
  • Persaingan didalam pasaran sistem pembayaran adalah sangat sengit. Untuk mengekalkan pegangan pasaran, syarikat perlu menambah perbelanjaan pemasaran dan pengiklanan sebanyak 19% kepada USD 5.47 billion;;

Ringkasan:

  • Laporan terakhir syarikat telah meningkatkan kepercayaan pelabur. Syarikat menunjukkan peningkatan keuntungan melebihi jangkaan pasaran;
  • American Express mempunyai potensi besar untuk tumbuh. Peningkatan pegangan dalam pasaran sektor pembiayaan akan meningkatkan harga syarikat;
  • Berkemungkinan sebut harga syarikat akan naik pada masa hadapan.

Tip dagangan CFD American Express Company 

Paras utama:
Paras sokongan: 64.15 USD dan 61.60 USD.
Paras rintangan: 65.00 USD dan 66.50 USD.

Jangkamasa sederhana, H1:
Terkini, penerbit diniagakan pada zon permintaan 64.15-65.00 USD. Jika harga kekal di dalam zon ini dan disertai dengan pengesahan masing-masing (seperti Corak Aksi Harga), kami syorkan posisi belian dibuka. Risiko untuk satu dagangan tidak melebihi 2% daripada jumlah modal. Penyekat kerugian boleh diletakkan dibawah sedikit daripada garisan isyarat. Ambil untung boleh diletakkan dibeberapa tempat pada 65.65 USD, 66.40 USD dan 67.50 USD dengan menggunakan penyekat mengekor.

Semakan analitikal saham Express Company untuk 04.05.2016.
Jangkamasa sederhana, H1:

Jangkamasa pendek, M15:
Semalam dagangan penerbit didagangkan diantara paras sokongan dan rintangan 63.85/64.90 USD. Disyorkan untuk memasuki pasaran selepas paras-paras ini ditembusi dan diuji. Posisi boleh dibuka berdekatan garisan isyarat dan berdekatan paras sokongan/rintangan terdekat. Risiko untuk satu dagangan tidak melebihi 3% daripada jumlah modal. Penyekat kerugian boleh diletakkan dibawah sedikit daripada paras garisan isyarat. Ambil untung boleh diletakkan dibeberapa tempat pada 50%, 30% dan 20% dengan menggunakan penyekat mengekor.

Semakan analitikal saham Express Company untuk 04.05.2016.
Jangkamasa pendek, M15:




Bahan-bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan oleh LiteForex untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau nasihat untuk tujuan arahan 2004/39/EEC. Di samping itu, bahan-bahan ini telah disediakan mengikut keperluan undang-undang yang direka untuk menggalakkan kebebasan kajian pelaburan dan tidak tertakluk kepada apa-apa larangan terhadap pengedaran tambahan pelaburan penyelidikan.



Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas