Konsep "idea perdagangan". Kajian semula idea perdagangan di bawah strategi Turtles

Pertama sekali, anda memerlukan idea dagangan. Satu idea tertentu yang menunjukan cara bagaimana pasaran Forex boleh menjanakan hasil keuntungan. Ada pelbagai idea dagangan digambarkan di dalam internet. Ada antaranya dijelaskan secara formal dan nampak jelas, ada yang lainnya hanya menjelaskan kerangka sahaja. Sebagai contoh, idea meluas "scalping", "arbitrage", ataupun "channel trading" mewakili kategori umum, setiap satunya merangkumi kepelbagaian strategi-strategi konkrit. Setiap satu kategori dinyatakan sebagai satu cara umum bagi membuat keuntungan di dalam pasaran, yang mana biasa kepada semua atau kebanyakan strategi termasuklah di dalamnya. Ini kerana satu kategori( sebagai contoh scalping) tidak boleh dianggap sebagai idea dagangan.

Salah satu idea klasik dalam idea dagangaan yang baik adalah strategi Turtles. Kita akan menggunakan contoh ini sebagai satu kajian dalam pembentukan tahap satu sistem dagangan mekanikal. Bagaimanapun, kita tidak boleh membiarkan diri kita menjalankan rangka kerja bagi kursus pengenalan dalam menyelidik tahap kebenaran yang mana subjek memerlukan satu kajian bebas.

Pilihan contoh kami ini adalah sekali sekala. Sebenarnya versi popular asal strategi ini yang menyatakan sepatutnya diakhirkan kaitan adakah pedagang memerlukan satu bakat istimewa, pemberian tuhan, deria ke enam( pasaran wawasan) untuk mahir dalam berdagang ataupun mengikut satu garis panduan yang ketat sudah memadai.

Intipati strategi ini mengandungi cara membuat keuntungan dari arah aliran jangka panjang apabila ia berlaku. Sebagai rujukan: mana-mana pasaran dikatakan ke bawah atau ke atas untuk lebih kurang 35% daripada masa , dan rata untuk 65% daripada masa. Di bawah strategi Turtles, tempoh rata merugikan, tetapi semua kerugian yang dialami semasa tempoh rata diimbangkan terhadap beberapa perdagangan apabila satu bentuk aliran tertentu, yang akhirnya menghasilkan keuntungan. Sebenarnya, strategi Turtles mencadangkan dalam menghadkan kerugian dalam berdagang pada masa kerugian tidak terlalu besar. Disebabkan itu perdagangan yang merugikan tidak penting. Pada masa yang sama , apabila satu trend mula untuk membentuk, Turtles membenarkan keuntungan untuk berkembang dan tidak menutup satu perdagangan yang menguntungkan jika jumlah keuntungan masih terlalu kecil. Jadi kami boleh katakan bahawa strategi Turtles adalah amalan salah satu peraturan perdagangan asas: "Menghadkan kerugian dan membenarkan keuntungan berkembang!".

Sebelum kami teruskan lagi, strategi Turtles pada awalnya dibangunkan kerana kontrak dagangan niaga di pasaran bursa saham, manakala kami pula akan memeriksa dalam konteks pasaran Forex. Pada masa yang sama , kami akan membenarkan diri kami untuk memudahkan perkara dengan meninggalkan beberapa butiran tidak relevan supaya para pembaca yang kurang berpengetahuan sentiasa berada dilandasan yang betul dan tidak terpesong, lebih-lebih lagi butiran itu boleh diperiksa lebih dengan teliti di luar kursus ini, jika perlu.

sebelumSeterusnya
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas